Ibnu
Haitham
Gambar
Ibnu Haitham menurut uang kertas 10 dinar Irak tahun 1982
Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu
al-Haitham (Bahasa Arab:ابو
علی، حسن بن حسن بن الهيثم)
atau Ibnu Haitham (Basra,965 - Kairo 1039), dikenal dalam kalangan
cerdik pandai di Barat, dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan
Islam yang ahli dalam bidang sains, falak, matematika, geometri,
pengobatan, dan filsafat. Ia banyak pula melakukan penyelidikan
mengenai cahaya, dan telah memberikan ilham kepada ahli sains barat
seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan mikroskop serta
teleskop.
1
Sejarah
1.1
Masa ilmuwan-ilmuwan Islam
1.2
Perjalanan hidup
2
Karya dan penelitian
2.1
Sains
2.2
Filsafat
2.3
Karya
Sejarah
Masa
ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam
sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang mundur dan
memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut
dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang
diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi bertentangan dengan
hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah
telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan banyak golongan
sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains,
politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, pengobatan, dan
sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh
ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekedar dapat menguasai ilmu
tersebut pada usia yang muda, tetapi dalam masa yang singkat dapat
menguasai beberapa bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun
tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan pengobatan tetapi dia
juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah, dan
sebagainya. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham
atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.
Perjalanan
hidup
Dalam
kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen.
Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan
965 Masehi. Ia memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik
menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa
lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil
keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah
melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Kecintaannya
kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Selama di sana
beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja
penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin
buku-buku mengenai matematika dan falak. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan menuju
Universitas Al-Azhar.
Hasil
daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir
dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, pengobatan, dan
falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan
yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya
mengenai pengobatan mata telah menjadi asas kepada pengajian
pengobatan modern mengenai mata.
Karya
dan penelitian
Sains
Ibnu
Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan.
Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli
sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta
teleskop. Ia merupakan orang pertama yang menulis dan menemukan
berbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa
buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Inggris, antara lain Light dan On Twilight Phenomena.
Kajiannya banyak membahas mengenai senja dan lingkaran cahaya di
sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana.
Menurut
Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis
19 derajat di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang
apabila matahari berada di garis 19 derajat ufuk barat. Dalam
kajiannya, beliau juga telah berhasil menghasilkan kedudukan cahaya
seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu
Haitham juga turut melakukan percobaan terhadap kaca yang dibakar,
dan dari situ ditemukanlah teori lensa pembesar. Teori itu telah
digunakan oleh para ilmuwan di Itali untuk menghasilkan kaca pembesar
yang pertama di dunia.
Yang
lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu
udara sebelum seorang ilmuwan yang bernama Trricella yang mengetahui
perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemukan
kewujudan tarikan gravitasi sebelum Issaac Newton mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu
rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah
memberikan ilham kepada ilmuwan barat untuk menghasilkan wayang
gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan film yang
kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton
sebagaimana yang dapat kita lihat pada masa kini.
[Filsafat
Selain
sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik,
metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Ia turut
menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.
Penulisan
falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang
menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai
sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam
mengenalinya.
Beliau
juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua
dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang
sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk
disoroti.
Bagi
Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik,
sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus
dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu
mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan
fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu
Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga
kini beliau berhasil menulis banyak buku dan makalah. Di antara buku
hasil karyanya:
Al'Jami'
fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan
metametik penganalisaannya;
Kitab
al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
Kitab
Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
Maqalah
fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi
segenap rantau;
M.aqalah
fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum
syarak dan
Risalah
fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan
Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan filsafat amat banyak. Kerana
itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi
material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan
pendapatnya masih relevan hingga saat ini.
Walau
bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" oleh
ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang patut kepada beliau.
Tapi sesungguhnya, barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham
dan para sarjana Islam karena tanpa mereka kemungkinan dunia Eropa
masih diselubungi kegelapan.
Kajian
Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu
sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah
membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu
tersebut yang tidak lagi terbelenggu oleh pemikiran filsafat Yunani.
sumber.www.mbah google
Tidak ada komentar:
Posting Komentar